Sunday, September 5, 2010

MeNGeNaLI BLoG CHaTTeRS YM

Assalamualaikum dan terima kasih sebab memberi aku peluang untuk mengangkat diri sendiri sebagai penulis undangan untuk blog ni. Thanks Pino and Cake krew sebab kasi aku peluang ni kat aku untuk mempromosikan diri sendiri. Apa aku nak tulis yea dekat sini. Rasanya macam elok buat mukadimah, tapi aku pun tak tau nak mukadimah apa. Okies, untuk kaki-kaki chatting YM semua, aku rasa korang mesti dah biasa join room. Tak kiralah room negara India ke, Indonesia ke mahupun Malaysia. Untuk pengetahuan semua, untuk Malaysia, ada banyak room. Kebiasaannya, room ikut negeri. Ada Johor, Kedah, Kuala Lumpur Global Chat dan Selangor. Dalam ni plak ada lagi beberapa room. Aku tak pasti berapa room ada untuk Malaysia sahaja, tapi yang pastinya banyak. Komunitinya pulak ramai, sampai kadang2 tu, ko tak kenal sapa itu sapa.

Aku rasa, cukup sedikit introduction pasal YM dan juga room di YM. Mari kita berkenalan dengan Blog YM Chatters. Sebab skang ni aku rasa blog ni merupakan trend yang update selain dari Facebook dan macam-macam lagi laman-laman sosial. Aku rasa, kalau diikutkan 2-3 tahun lepas, tak ramai chatters YM yang berblog (perlu diingatkan chatters YM dan pengguna YM adalah dua komuniti yang berbeza), tapi skarang ni, ramai dah yang berblog.

Ades, aku ni dah out of topic dah ni. Haaa, introduction panjang lebar, tapi tak sampai-sampai ke tujuan. Sebabkan terlampau mudah nak mengenali chatters YM yang berblog ni. Kalau korang perhatikan, chatters YM yang berblog ni ada beberapa ciri yang agak sama (tapi mungkin bukan semua). Ciri utama mereka ialah penggunaan icon YM messenger yang banyak. Kerana sudah terbiasa dengan icon-icon semasa berchatting, maka kebanyakkan penulisan akan menggunakan icon-icon. Contoh icon yang popular adalah =)) (untuk gelak guling-guling) icon x-( (untuk icon marah) dan icon-icon lain. Jadi kalau korang nampak simbol-simbol pelik dalam blog orang, kemungkinan besar mereka adalah chatters adalah amat tinggi.

Alamak, aku dapat fikirkan yang ni jer ciri yang ada. Hahahaha, mungkin ciri-ciri lain tak jauh berbeza dengan komuniti-komuniti cyber yang ada. Tapi, apa-apa pun, yang penting kita happy dan gembira. Di komuniti mana pun anda berada, tujuan kita adalah untuk mengenali antara satu sama lain. Jadi, just enjoy apa yang kita ada ok.

Salam dari penulis jemputan,

Poi

0 comments:

Post a Comment